Sunday, December 30, 2007

sahabatku...buah hatiku..


sahabatku...buah hatiku..
mesra kami penawar duka..
rajuk kami membuah ceria..
silaturrahim kami ukhwah fillah..
bermusuh kami na'uzubillah..
berpisah mati insyaAllah...
pengubat hati doa rabtah..
rahmati kami meniti usia..
terpisah kami di alam nyata..
temukan semula di taman syurga..



Flower and River


if you love someone like a flower,
the flower will dies in season...
but...
if you love someone a river,
the river will flows forever...

if you love something
you must to set it free
if it come back to you..
it is yours to keep it..
but..
if it doesn't
it is never meant to be....

BICARA TENTANG HATI DAN PANCAINDERA


hati itu umpama tasik..
pancaindera itu umpama sungai-sungai kecil yang mengalir masuk ke dalam tasik itu
seandainya sungai-sungai itu membawa madu,maka tasik itu akan dipenuhi dengan madu...
seandainya sungai-sungai itu membawa susu,maka tasik itu akan dipenuhi dengan susu...

tetapi...

seandainya sungai-sungai itu membawa sampah,maka tasik itu akan dipenuhi dengan sampah...
seandainya sungai-sungai itu membawa darah,maka tasik itu akan dipenuhi dengan darah...
apa-apa yang dialirkan oleh sungai-sungai itu,maka itulah yang memenuhi tasik itu..

maka...

gunakanlah mata kamu untuk melihat kebesaran Allah
gunakanlah lidah kamu untuk bercakap tentang kebesaran Allah
gunakanlah telinga kamu untuk mendengar tentang kebesaran Allah
gunakanlah tangan kamu untuk merasa kebesaran Allah
gunakanlah akal kamu untuk memikirkan kebesaran Allah

mudah-mudahan kebesaran Allah masuk ke dalam hati kamu
dan menyingkirkan kebesaran makhluk yang telah bersarang dalam hati sekian lama

jangan kamu kata kamu mencintai Allah selagi ada makhluk di hati kamu walau sebesar zarah
jangan kamu kata kamu mencintai Allah selagi ada yang lain lebih kamu cintai selain Allah
jangan kamu kata kamu mencintai Allah selagi kamu tidak bermujahadah
jangan kamu kata kamu mencintai Allah selagi kamu tidak tahu maksud makrifatullah

bila ikut tariqat sunnah
barulah namanya mujahadah
barulah diri akan diislah
barulah faham mafhum kalimah
barulah dapat hakikat LAILAHAILLALLAHUMUHAMMADURRASULULLAH

perjalanan paling jauh ialah dari lidah ke hati
sejauh perjalanan sungai-sungai ke tasik itu
lidahku berbicara tentang kebesaranMU
entah bila akan sampai ke ruang hatiku........

akhir kalam,

hayyrie

5.52PM waktu tempatan,
29/12/2007
Taman Tun Dr Ismail,KL

Saidina Ali Abi Talib

Saidina Ali Abi Talib ialah khalifah keempat Islam daripada Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah.

Kehidupan Awal:
Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598. Golongan Syiah percaya bahawa Saidina Ali dilahirkan di dalam Kaabah, tempat paling suci bagi orang Islam. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah ahli puak Quraish dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menjadi yatim dan kemudiannya dibela oleh datuknya yang kemudiannya meninggal dunia, Abu Talib menjaga Rasulullah s.a.w. Saidina Ali dan Nabi Muhammad yang merupakan sepupu dibesarkan seperti adik-beradik. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.

Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh.

Saidina Ali di Madinah:
Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraish iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. Selepas itu beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w.

Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. (632M):
Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali hanya menerima Saidina Abu Bakar enam bulan selepas Saidina Abu Bakar dilantik. Hal ini masih samar-samar.

Golongan Syiah percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah. Ahli Sunah Waljamaah pula percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali.

Menjadi khalifah ke-4:
Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

Pentadbiran Saidina Ali:
Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah dengan menghapuskan pemberontakan yang ketuai oleh isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban manakala Saidatina Aisyah kembali ke Madinah.

Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru ibn Al Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.

Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Saad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.

Saidina Uthman bin Al-Affan

Uthman bin Affan merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.

Biografi Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Dia ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habshah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah.

Perkembangan Islam semasa Pemerintahan Saidina Uthman
Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Umar melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara. Beliau juga berjaya menghabiskan usaha pengumpulan Al Quran yang dimulakan oleh Saidina Abu Bakar (khalifah pertama Islam).

Pandangan ahli Sunah mengenai Saidina Uthman
Menurut pandangan ahli Sunah Waljamaah, dia mengahwini dua orang puteri Rasulullah s.a.w. dalam masa yang berbeza. Saidina Uthman Radhiallahu An'hu juga telah dijanjikan syurga.

Pandangan Syiah mengenai Saidina Uthman
Golongan Syiah percaya bahawa Saidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka percaya bahawa Saidina Uthman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam melantik pentadbir baru tanah jajahan Islam.

Saidina Umar ibni al-Khattab

Saidina Umar ibni al-Khattab (c. 581 - November, 644), kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan puak Quraish. Dia menjadi khalifah kedua Islam (633-644) dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun
Kehidupan awalSaidina Umar dilahirkan di Makkah. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.

Selepas pengislamannya, beliau melahirkan rasa kesalnya terhadap peristiwa penanaman anak perempuannya secara hidup-hidup dahulu (perkara seperti ini ialah fenomena biasa di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam).

Memeluk IslamSemasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraish. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terkahir.

Saidina Umar di MadinahSaidina umar merupakan antara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudiannya dikenali sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang daripada Sahabat Rasulullah s.a.w..

Pada tahun 625, anak perempuan Saidina Umar iaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 masihi. Saidina Umar dikatakan amat sedih dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. sehinggakan beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudiannya kembali tenang selepas Saidina Abu Bakar (khalifah pertama umat Islam) berucap "Sesiapa yang menyembah Muhammad ketahuilah bahawa baginda telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah s.w.t., ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati." Saidina Abu Bakar kemudiannya membaca beberapa keping ayat Al Quran untuk mententeramkan umat Islam.

Saidina Abu Bakar dengan sokongan Saidina Umar menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

Pemerintahan Saidina UmarSemasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.

Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.

Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.

Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.

Wafatnya Saidina UmarSaidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah. Abu Lu'lu'ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.

Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya..


[

Saidina Abu Bakar as-Siddiq

Abu Bakar as-Siddiq ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Quhaafah.
Kehidupan AwalSaidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Belia juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam.

Menjadi Khalifah PertamaSemasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiatkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaiatkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.

Perang RiddahMasalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.

Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan Perang Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailimah. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.

Ekspedisi ke UtaraSelepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Syaidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.

Pengumpulan Al QuranMenurut ahli sejarah Islam, selepas Perang Riddah ramai orang yang mahir menghafaz Al Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat Al Quran. Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan Al Quran semasa beliau menjadi khalifah.

Kewafatan Saidina Abu Bakar As-SiddiqSaidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.

Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

Sumbangan Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat Al Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.

Aku Bukan Pencinta Wanita


Engkau-Kah Pencinta Wanita?


As-Salaa mu ‘Alaikum… Em, semalam semasa aku balik dari library, ketika sampai sahaja di rumah sewa kawanku. Aku terpandang dan terdengar sebuah klip video lagu ‘aku memang pencinta wanita… namun ku bukan buaya… aku memang pencinta wanita… yang lembut seperti dia… bla, bla, & bla lagi..’ huhu, aku pun terlayan lah sekali… em, yap sampai habis. Selepas je habis lagu tu, aku terus terbaring. Fikiran terus melawang memikirkan beberapa rangkap lagu tadi. Em, Setakat manakah kau mencintai wanita? Kalau difikir-fikirkan dan diteliti daripada klip video tu, aku confius sangat-sangat. Adakah wanita yang macam tu kau nak cintai bagai nak rak... kalau aku, rasanya kau patut rasa kasihan atau pun simpati, tapi bukan mencintai. Memang patut kita kasihankan wanita yang macam tu. Kerana, di samping si lelaki-lelaki yang memakai baju yang penuh bergaya... em, bergaya ker? Boleh la juga dikata bergaya, em, kira pakaian yang ok la... (compare dengan si wanitanya) si wanitanya pulak memakai pakaian yang aduhai... terkoyak sana dan sini. Terabak di bawah dan terlondeh di atas. Tu yang aku kasihan tu. Then, tayang sana, tayang sini... huhu, malu aku nak mencintai wanita sepertinya... Begitu murah harga badannya untuk ditayang dan dieksploitasi ke sana dan ke mari. Bagi aku, wanita macam tu sebenarnya dah tak ada harga dah. Senang sangat untuk tengok aurat-nya. Free jer kan… Then, aku terus termenung memikirkan… ‘macam sama je gambaran dengan wanita-wanita jahiliyyah ketika sebelum kedatangan Islam’. Yang mana menurut Imam Mujahid (dalam menafsirkan ayat ke-33 surah al-Ahzaab), “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Then, Imam Qatada pula berkata, “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan. Huhu, menakutkan. Wanita sekarang semakin mencintai kejahilan (dalam ber-agama). Ingin kembali kepada dunia jahiliyyah. Mereka dah mula menolak kemurnian dan kesempurnaan. Mana tidaknya... di kala lelaki berpakaian elok-elok menutup seluruh badan dan tubuhnya, tiba-tiba si perempuannya berpakaian ‘pelik’. Pelik... kerana dibuka sana dan sini. Macam manusia sakai (purba), cuma berbeza pada textile tapi gaya (fesyen) tetap sama. Hanya ditutup pada sebahagian bahagian tubuh tertentu sahaja. Manakala sebahagian bahagian lain dibuka untuk tanyangan umum (U) dan tanpa sensor. Aku terus melawang dan berfikir, di kala zaman awal kedatangan Islam, Islam turut datang dengan syariat untuk menyelamatkan wanita di zaman jahiliyyah ketika itu. Di kala bayi-bayi perempuan yang baru lahir dibunuh sesuka hati (berdasarkan adat mereka), Islam datang menegah supaya jangan dibunuh bayi yang tiada dosa itu. (Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8-9). Dan di kala wanitanya dijadikan bahan pemuas nafsu semata-semata, Islam datang melindungi wanita dengan syariatnya yang syumul. Wanita bukan lagi simbol seks dan barangan eksploitasi mainan lelaki. Wanita dilindungi dengan pakaian yang baik-baik. Wanita dilindungi dengan jilbab dan kain tudung. Wanita dicintai dengan cara yang sebaik-baiknya. Wanita diberikan ilmu dan ruang untuk membina peribadi yang unggul. Wanita menjadi pembimbing (pengasuh) utama dalam membina dan melahirkan generasi manusia cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk Surah an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33): 59), (al-Hujuuraat (49): 13), (at-Taubah (9): 71). Ia sungguh memperlihatkan kepada kita betapa hebatnya impact kedatangan Islam ke tanah arab pada masa itu. Daripada wanita yang dianggap tidak punya nilai, Islam datang menjadikan wanita aset insani (modal insanlah kiranya) yang sangat tinggi nilai dan martabatnya di dalam dunia yang sedang membina tamadun. Islam memperjuangkan hak kesamarataan tanpa mengira lelaki dan wanita, Islam mementingkan aspek taqwa dan keimanan. (Rujuk Surah al-Hujuuraat (49): 13) Namun, kini... apa dah jadi ni... para wanita dah lupa semua sejarah-sejarah tu ke? Atau tak ambil tahu langsung? Mereka lebih enak dibuai kejahilan dan nafsu buas bersama si lelaki sampah. Em... carilah lelaki yang baik-baik... Aduhai wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi–mu... peribadi seorang muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki... keredhaan Ilahi. Jagailah dirimu... suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak Islami... siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari segala ancaman buas nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini. Ingatlah, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran, (3): 185) Aduhai wanita, andainya dirimu habis ternoda… maka itu adalah silapmu sendiri kerana engkau yang alpa… Renungilah maksud ayat ini; “Maka janganlah kamu melunakkan (mengghairahkan) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” (al-Ahzaab (33): 32) “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (pakaian yang menutup aurat dengan baik) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal (pembeza keimanan – muslimah), karena itu mereka tidak di-ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab (33): 59) Ayat ini menerangkan mesej yang sangat jelas kenapa hari ini terlalu banyaknya gejala buruk menimpa wanita. Maka... jelaslah di sini siapa sebenarnya ‘PENCINTA WANITA’ yang hakiki. Iaitulah ALLAH melalui syariatnya... Islam. Dan, kepadamu lelaki... bukan semudah yang disangka untuk memiliki wanita (bukan hanya dengan cinta), perlulah melalui perundangan yang sah. Bukan main tibai jer... Jika benar anda pencinta wanita, buktikan dengan etikanya. Em... wanita, jadilah wanita yang baik-baik... demi masa depan anda! “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah an-Nuur (24): 26) Allahu ‘alam... (habis sudah ku termenung...)

Allah itu Wujud

Renungkanlah......semoga mendapat iktibar...Satu Penjelasan Terbaik Kenapa Allah Memberi Kesakitan Dan Penderitaan Seperti Yg Telah Kita Lihat:Ada Seorang Lelaki Pergi Ke Kedai Gunting Rambut Utk Menggunting Rambut Dan Janggutnya. Apabila Barber Itu Memulakan Tugasnya, Mereka Pun Berborak Dan Bercakap Mengenai Byk Perkara.Tapi Bila Mereka Mula Berbicara Mengenai Allah,Barber Itu Pun Berkata,'' Saya Tak Percaya Allah Itu Wujud.''''Kenapa Kamu Kata Begitu?'' Tanya Si Lelaki Tadi.'' Cuba Kamu Keluar Di Tgh Jln Itu Dan Tunjukkan Pd Saya Bahawa Allah Itu Wujud. Kalau Betul Allah Wujud,Kenapa Ramai Sgt Org Sakit Kat Luar Tu?Kenapa Masih Ada Kanak2 Yg Terbiar? Kalau Betul Allah Wujud,Dah Tentu Tiada Kesakitan Dan Keperitan Hidup Dlm Dunia Ni. Saya X Dpt Bayangkan Allah Yg Maha Penyayang Boleh Membenarkan Semua Ini Berlaku''.Si Lelaki Itu Pun Berfikir Sejenak. Tapi Dia Tidak Memberi Sebarang Jawapan Kerana Tidak Mahu Memulakan Pertengkaran. Selepas Barber Itu Menghabiskan Tugasnya, Si Lelaki Tadi Pun Pergi.Selepas Beberapa Langkah,Si Lelaki Tadi Ternampak Seorg Lelaki Berambut Panjang,Selekeh,Kotor Dan Janggut Tidak Terurus. Si Lelaki Tadi Pun Berpatah Balik Dan Pergi Semula Ke Kedai Gunting Rambut Tadi Dan Berkata,'' Kamu Tahu Tak Yg Sbnrnye Barber Jgk Tidak Wujud?''''Kenapa Kamu Kata Mcm Tu? Sedangkan Saya Baru Saje Gunting Rambut Kamu Tadi''.Kata Barber.''Tidak!'' Kata Si Lelaki Tadi.''Kalau Barber Wujud, Dah Tentu Tidak Ada Org Yg Berambut Panjang Tidak Terurus Dan Kotor Serta Janggut Yg Panjang Dan Kotor Mcm Lelaki Di Tepi Jalan Itu''.''Ah!Barber Mmg Wujud! Lelaki Tu Jadi Mcm Tu Sbb Dia Tidak Dtg Pada Saya Utk Menggunting Rambutnye!''.Kata Barber.''Tepat Sekali!''. Kata Si Lelaki Tadi.''That's The Point!. Allah Jgk Wujud. Itulah Yg Terjadi(Keperitan&Penderitaan) Jika Manusia Tidak Mengingatinya Dan Kembali Padanya Utk Memohon Pertolongan.''