Friday, February 27, 2009

Jangan Percaya!


Jangan percaya pada hati kerana hati sering keliru,
Jangan percaya pada nafsu kerana nafsu selalu terburu-buru,
Jangan percaya pada akal kerana akal kadangkala tertipu,
Jangan percaya pada syaitan kerana syaitan suka menipu,

Jangan percaya pada dunia kerana dunia suka bergurau senda,
Jangan percaya pada harta kerana harta itu binatang berbisa,

Lidah manusia tidak bertulang,
Mata manusia diliputi hijab,
Akal manusia sangat terbatas,
Janji manusia sekadar pelepas,
Nafsu manusia yang suka melampias,
Akhirnya diri yang terbabas.

Percayalah pada janji Allah,
Yakinlah pada kata-kata Rasulullah,
Berpegang teguhlah dengan Kitab Allah,
Berimanlah dengan Malaikat yang amanah,
Redhalah dengan qada dan qadar Allah,
Qiamat itu pasti, Jahannam ataupun Jannah.


No comments: